Dari Abu Abdul
Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
'"Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu
Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan
Ramadhan."
RUKUN - RUKUN SEMBAHYANG:-
1. Niat, iaitu tujuan yang dinyatakan dengan hati yang tulus.
2. Berdiri betul.
3. Takbiratul ihram.
4. Membaca Al-Fatihah.
5. Rukuk dengan cara membongkokkan badan, dan meletakkan kedua tangan di atas lutut dengan posisi lurus dan tertib.
6. Berdiri kembali setelah rukuk, tegak lurus dan tertib.
7. Sujud: meletakkan dahi dan hidung ke lantai dengan kedua telapak tangan, lutut dan hujung jari - jari kaki lurus dan tertib.
8. Duduk setelah sujud, tegak dan tertib.
9. Duduk tasyahud akhir(tahiyat akhir).
10. Membaca tasyahud akhir(tahiyat akhir).
11. Membaca selawat.
12. Mengucapkan salam: Assalamu'alaikum warahmatullah, sambil tetap duduk setelah membaca tasyahud(tahiyat).
13. Tertib
[Niat Sembahyang] [Takbiratul Ihram] [ Takbir ] [ Doa Iftitah ] [Al-Fatihah] [Rukuk] [Iktidal] [Sujud] [Duduk Antara Dua Sujud]
[Tahiyat Awal] [Tahiyat Akhir] [Salam] [Doa Qunut]
[ LAMAN UTAMA ] [ SETERUSNYA ] [ KEMBALI ]